Cerita Pendek


Cerita 1


Kuda Hadi.
Hadi ada kuda.
Kuda Hadi tiba tadi.
Kuda ada kaki.
Kaki kuda ada daki.
Hadi cuci kaki kuda.


Cerita 2

Busu ada Baju.
Baju Busu ada saku.
Saku Busu ada tisu.
Busu sapu tisu pada suku.


Cerita 3


Ayu baru beli lima biji guli.
Ayu beri Dewi tiga biji guli.
Ayu beri Lisa satu biji guli.
Ayu ada satu guli lagi.


Cerita 4

Mama ada bayi.
Bayi suka susu.
Bayi rasa dahaga.
Mama riba bayi.
Mama beri bayi susu.
Pipi bayi kena susu
Mama cuci pipi bayi itu.


Cerita 5


Haji Musa ada satu beca.
Dia baru beli beca.
Beca itu ada tiga roda.
Hari-hari Haji Musa cuci beca itu.


Cerita 6


Ini Kumari
Kumari ibu Marimutu.
Kumari ada lima biji kelapa.
Kumari beli dari Ramasami.
Kumari suka kari pari.


Cerita 7


Ini kuda.
Kuda Ali betina.
Ali suka kuda itu.
Pada suatu hari kaki kuda luka.
Lama-lama kuda itu mati.
Ali rasa dukacita.


Cerita 8


Ini biri-biri Abu.
Abu beri biri-biri sawi.
Biri-biri ini suka lari.
Mari biri-biriku mari.
Mari ke sini.


Cerita 9


Ini baju baharu saya.
Baju ini biru.
Baju ini ada dua saku.
Baju ini baju raya.


Cerita 10


Ini Haji Zaki.
Haji Zaki baru tiba dari desa.
Haji Zaki bawa guni.
Guni Haji Zaki ada lada.
Haji Zaki juga bawa sawi, labu, dan ciku.
Haji Zaki beri Davi guni itu.


Cerita 11


Nama saya Busu.
Saya laki-laki.
Cita-cita saya jadi jurubina.
Bapa saya Haji Hadi.
Bapa saya jadi jurutera.
Nama ibu saya Siti Nani.
Ibu saya wanita melayu.
Ibu saya jelita.
Ibu saya juru bahasa.


Cerita 12

Bapa baru beli kereta.
Kereta bapa kereta generasi baharu.
Kereta bapa baru tiba dari kota.
Kami cuci kereta baharu papa.
Kami cuci kereta di tepi telaga.


Cerita 13


Ini biji delima.
Ini pula  batu delima.
Ibu baru beli batu ini.
Ibu suka batu ini.
Di jari kiri ibu ada batu delima.


Cerita 14


Itu kerusi Ramasami.
Itu meja Ramasami.
Ramasami suka putu.
Yati beri putu itu kepada Ramasami.
Mereka suka hati.


Cerita 15


Hari ini hari Selasa.
Ibu baru tiba dari kota.
Ibu bawa raga.
Raga ibu ada keladi.
Ibu beli keladi dari China.


Cerita 16


Hari ini hari Rabu.
Ibu beli sekilo duku.
Ibu bawa Suzana sama.
Suzana suka duku.
Ibu suka ceri.
Suzana menari suka hati.
Mereka ketawa suka hati.


Cerita 17


Nani cuci gigi.
Nani cuci gigi tepi telaga.
Ibu beri Nani tisu.
Nani sapu tisu pada gusi.
Nani cuci muka di tepi telaga.


Cerita 18



Ini Milo.
Yati suka Milo susu.
Yati mahu lima sudu Milo.
Yati juga mahu tiga sudu susu.
Kami beri Yati lima sudu Milo.
Yati suka hati.


Cerita 19


Isa ada satu rusa.
Rusa Isa suka susu.
Rusa juga suka nasi.
Rusa suka nasi sapu sapi.
Rusa juga suka sawi.
Sisa nasi rusa jadi basi.


Cerita 20


Nama saya Noni.
Saya ada muka.
Di muka saya ada pipi.
Pipi saya gebu.
Saya ada dua mata.
Saya ada bulu mata.
Saya juga ada dahi, dagu, dan dada.
Kaki saya ada jari.
Jari kaki saya ada kuku.